Diskaun Saman 50&% - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah


👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah ada menawarkan potongan diskaun sehingga 50% terhadap bayaran saman yang dikenakan kepada pemandu yang didapati bersalah.

Berikut adalah info berkenaan dengan diskaun 50% saman yang diberikan:

Maklumat Asas

Tarikh   : 28 November 2022 - 04 Disember 2022

Masa   : 9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat   : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah & Seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah Sabah

Jenis-jenis Saman Dikenakan Diskaun 50%
  • Saman Kemalangan Tahun Semasa
  • Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  • Kesalahan Op Selamat Tahun Semasa (6 Kesalahan Utama)
  • Saman Berstatus Waran Tangkap Semasa
  • Saman Berstatus Non Compaun (NC)
  • Saman Berkaitan Ekzos (e)
  • Saman Berkaitan Lori (B)

Merujuk perkara di atas, boleh dikatakan semua jenis saman dikenakan bayaran diskaun tersebut. 

Oleh itu, ambil kesempatan yang ada dalam promosi ini agar beban bayaran saman yang dikenakan sekiranya ada dapat diringankan.


PENAFIAN:
  • Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.