Dilelong hampir RM 1 Juta - Selipar Steve Jobs
👉Link Telegram Rasmi👈
Steve Jobs, pengasas produk ternama dunia dalam industri gajet iaitu Apple mempunyai sepasang selipar yang pernah dipakainya pada tahun 1970-an sehinggalah 1980-an.
Selipar tersebut adalah Birkenstock dan baru-baru ini barang tersebut telah berjaya dilelong pada harga yang menghampiri nilai RM 1 juta. Firma Julien's yang telah mengendalikan lelongan ini membuat jangkaan harga lelongan berkemungkinan antara USD 60,000 (RM 272,250) ke USD 80,000 (RM 363,000).
Namun, seorang pembida yang tidak dikenali telah menawarkan harga sebanyak USD 200,000 (RM 998,250) dan menyebabkan selipar itu dilelong pada harga tawaran tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, selipar ini diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff, seorang pengurus salah satu hartanah Steve Jobs di Albany, California pada tahun 1980-an. Selipar ini sering dipakai oleh Steve Jobs pada ketika dia bersama rakannya Steve Wozniak berusaha memulakan pengeluaran komputer Apple di garaj rumahnya.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani ; Sumber Foto: Astro Awani