Dakwaan Berjaya Membuktikan Prima Facie, Siti Bainun Menganiaya & Abaikan Bella

👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Siti Bainun amat dikenali secara umum oleh rakyat Malaysia atas sebab dakwaan yang dikenakan kepadanya iaitu pertuduhan mendera remaja Sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai adik Bella di sebuah kondo Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

Siti Bainun adalah pengasas Rumah Bonda iaitu sebuah pusat jagaan kanak-kanak. Nasib beliau dalam kes dakwaan ini telah diketahui pada 24 November lalu setelah 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Cerita asal kes ini berlaku ialah apabila rakan baik Siti Bainun iaitu Zurianty Sudin dikatakan menyelamatkan adik Bella dari keadaan yang amat menyedihkan kesan daripada deraan yang dialaminya. Selaku saksi pertama dalam pendakwaan itu, Zurianty memaklumkan Bella mengatakan sendiri yang dirinya telah dijirus dengan air panas, dicili dan diikat sewaktu dia ditemani ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam ambulans pada hari kejadian.

Bukan sahaja mengalami trauma, Bella juga dilihat tidak berkemampuan untuk berjalan dengan baik dan sangat sukar bergerak. Setelah berada di kes perbicaraan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 November, Zurianty meaklumkan keputusan dakwaan terpaksa ditangguh selama setengah jam kerana kedua-dua pihak pada minit akhir mengemukakan dokumen-dokumen bukti yang perlu diteliti oleh Hakim terlebih dahulu.

Tepat pada jam 10.21 pagi hari tersebut, Siti Bainun diarahkan untuk membela diri oleh Hakim Izralizam Sanusi pada 5 hingga 9 Dismber 2022 atas sebab tuduhan menganiaya dan mengabai Bella. Keputusan tersebut dibacakan setelah pihak pendakwa berjaya membuktikan terdapat wujudnya prima facie dalam semua pertuduhan.

Sekiranya disabit bersalah, wanita berusia 30 tahun itu akan dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali,

Sumber: Facebook Bernama, Zurianty Sudin & For Bella