Budak 8 Tahun Gigit Ular Tedung Sehingga Mati
NEW DELHI: Seekor ular tedung baru-baru ini dibunuh oleh seorang budak dari negara India yang berusia 8 tahun dengan menggigit haiwan tersebut.
Menurut maklumat, kejadian luar biasa ini berlaku apabila ular itu melilit lengan budak lelaki tersebut. Budak lelaki yang dikenali sebagai Deepak ini pada awalnya hanya menggoyangkan lengannya untuk melepaskan ular itu dari lengannya.
Tetapi, ular berkenaan langsung tidak dapat dijatuhkan dan ini menyebabkan Deepak membuat keputusan untuk menggigit ular tedung itu dengan membenamkan giginya sebanyak dua kali. Lantas, dengan serta mertanya ular tersebut terbunuh.
Kejadian yang berlaku di perkampungan terpencil Pandarpadh di Wilayah Chhattisgarh tengah India itu semestinya menjadi berita hangat. Ibu bapa Deepak dengan segeranya membawa beliau ke pusat perubatan yang terdekat untuk membuat pemeriksaan.
Pemeriksaan yang dijalankan mendapati ular tedung hanya membuat gigitan kering terhadap Deepak dan tiada sebarang racun di kesan dari kesan gigitan.
Sumber: Astro Awani, Sinar Harian / Agensi