Bila Dah Nak Kahwin Tahun Depan Barulah Tahu Perangai Sebenar Si Tunang, Menyesal!

Gambar Hiasan
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈

Ceritanya

Sebuah posting di laman media sosial Twitter tular tentang seorang individu yang telah meluahkan perasaan kecewanya apabila mendapati perangai sebenar tunangnya yang tidak disangka-sangka.

Melalui akaun Twitter @ConfessTweetMY, individu tersebut mengadu akan kekecewaan terhadap tunangnya itu yang kini sudah setahun bersama dan merancang untuk bernikah pada awal tahun hadapan.

Sumber: Twitter

Cerita yang disedihkan oleh individu itu adalah nilai menjaga kebersihan yang dipamerkan oleh tunangnya itu sangat mengejutkan. Hal ini kerana baru-baru ini individu itu menerima pelawaan untuk makan bersama bakal ahli keluarga di rumah tunangnya. 

Semasa di rumah tersebut, dia terhidu bau kepam yang sangat menyucuk apbila hendak membuka pintu bilik tunangnya. Dia sangat terkejut kerana setelah membuka pintu bilik itu dia mendapati keadaan bilik sangata bersepah dengan beberapa tin kosong berhamburan dan juga Maggi cup yang sudah habis dimakan terbiar-biar begitu sahaja.

Tambahan pula, bau kepam yang dihidunya itu dia mengesyaki adalah bau tuala basah yang diletakkan begitu sahaja di atas tilam.

Perkara ini menyebabkan individu itu merasa geli dan sedih melihat tunangnya itu walaupun dia berada dalam keadaan yang kemas. Dia mengatakan tengah merasa tertekan apabila terfikir akan bernikah bersama tunangnya itu yang dijangka pada awal tahun hadapan.

Sumber: Twitter

Komen Netizen

Rata-rata netizen memberikan pandangan kepada individu itu untuk berterus terang dengan tunangnnya itu untuk mengubah gaya hidupnya sebelum berkahwin.

Sumber: Twitter
Semoga si 'tunang' itu sempat berubah hati sebelum berkahwin.