Bayi Perempuan Lahir Dengan Ekor Berbulu di Mexico? Kecoh!
Sumber: Daily Star |
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Baru-baru ini satu kejadian yang menggemparkan berlaku di negara Mexico apabila dikhabarkan berita kelahiran seorang bayi perempuan berekor sepanjang lebih kurang 6 sentimeter (sm) di sebuah hospital.
Menurut maklumat yang diterima, bayi perempuan yang identitinya tidak didedahkan itu melalui proses kelahiran dengan kaedah pembedahan caesarean. Kejutan yang tidak disangka dan menyebabkan akhbar tempatan dan antarabangsa tergempar apabila ekor ditemui setelah proses kelahiran selesai.
Sumber: Daily Star |
Sumber mengatakan doktor yang telah membuat pemeriksaan memaklumkan bahawa perubatan sejarah menunjukkan bayi perempuan itu tidak terdedah kepada sebarang radiasi ataupun sebarang jangkitan semasa dalam kandungan. Malahan, kedua ibu bapanya juga masih berusia muda iaitu lewat 20-an dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Kepanjangan ekor tersebut adalah 5.7 sm di mana diameternya dikatakan antara 3 milimeter (mm) ke 5 mm. Ianya berbentuk silinder dan selepas doktor membuat pemeriksaan rapi, ekor itu dinyatakan berstruktur seperti ekor yang diliputi kulit dan berbulu seperti kepunyaan haiwan. Bayi itu juga akan menangis sekiranya bahagian ekor itu dicubit.
Sumber: Daily Star |
Pihak hospital juga telah membuat pemeriksaan melalui X-ray Lumbosacral iaitu satu ujian pengimejan yang dapat membantu untuk melihat rupa bentuk bawah punggung. Pemerhatian mendapati tiada sebarang bukti kepelikan atau anamoli pada struktur tulang di dalam ekor.
Selain itu juga, bayi tersebut dikatakan tiada anamoli pada bahagian otak serta tulang belakangnya yang boleh membawa kepada kewujudan ekor tersebut.
Semestinya satu kejadian yang hanya Allah S.W.T. ketahui. Wallahualam.
Sumber: Daily Star