Bayaran Bantuan RISDA Musim Tengkujuh Kini Boleh Disemak
👉Link Telegram Rasmi👈
Untuk pengetahuan semua kini permohonan Bantuan RISDA Musim Tengkujuh (BMT) boleh mula disemak secara online.
Bantuan Monsun (BMT) adalah program bantuan yang dikelolakan oleh pihak Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi seperti yang telah diumumkan dalam Bajet 2022. Pemohon yang lulus dalam permohonan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 600.
Pemberian bantuan ini adalah secara berperingkat:
- RM 300 pada November 2022
- RM 300 pada Disember 2022
Bantuan ini difokuskan kepada golongan pekebun kecil dan penoreh getah yang berkelayakan. Hal ini semestinya akan memastikan segala kebajikan golongan yang dibantu ini terjaga terutamanya pada musim tengkujuh yang umum ketahui akan berlaku saban tahun.
Berikut adalah cara membuat semakan BMT:
Cara-cara membuat semakan BMT
- Buka pautan (link) yang disediakan:
- Isi nombor IC / Kad Pengenalan anda di ruang yang disediakan
- Klik butang HANTAR
- Status bantuan anda akan dipaparkan sama ada berjaya atau tidak
Semoga permohonan anda diluluskan dan segala urusan anda dipermudahkan. Amin.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.