'Barang' Penting Ini Dilarang Bawa Di Tempat Mengundi - SPR
👉Link Telegram Rasmi👈
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan satu peraturan penting yang perlu dipatuhi oleh semua bakal pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Peraturan tersebut adalah larangan membawa barangan yang boleh dikatakan amat penting untuk semua iaitu telefon bimbit. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pengundi yang membawa telefon bimbit mereka perlu meletakkan gajet tersebut di tempat yang disediakan.
Setelah selesai proses pengundian dilaksanakan, pengundi berkenaa boleh mengambil semula telefon bimbit mereka.
"Pelaksanaan tatacara pengundian baharu ini boleh dirujuk menerusi poster 'Tatacara 10 Langkah Pengundian' yang menjelaskan proses pengundian sepenuhnya dan maklumat lanjut juga telah dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan Twitter SPR," kenyataan dari SPR.
Langkah peringatan juga akan dipertingkatkan melalui penggunaan notis dan poster larangan yang akan diletakkan di luar dan dalam tempat mengundi.
SPR pada masa yang sama turut mengingatkan semua pengundi agar bertanggungjawab dan memelihara kerahsiaan maklumat pengundian seperti yang telah termaktub dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
19 November 2022 adalah tarikh hari pengundian yang telah ditetapkan oleh pihak SPR.
Sumber: Bernama, Astro Awani