Bantuan Kanak-Kanak (BKK) - Skim Bantuan Kebajikan Bulanan JKM
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bertujuan untuk membantu keluarga/penjaga kepada anak-anak agar dapat terus tinggal bersama dan meneruskan kelangsungan hidup harian tanpa sebarang permasalahan dari segi pertumbuhan dan juga perkembangan mengikut setiap peringkat.
Selain itu, inisiatif yang ada pada BKK ini semestinya akan dapat memelihara dan memperkukuhkan institusi kekeluargaan di negara ini dan seterusnya menjadikan penjagaan setiap kanak-kanak dalam keadaan yang sempurna dan penuh kasih sayang.
Berikut adalah maklumat penting mengenai BKK:
Kadar Bantuan
- RM 200 seorang bagi anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah
- RM 150 seorang bagi anak yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM 1000 setiap keluarga dalam sebulan
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga / penjaga yang menjaga kanak-kanak dipohonkan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh lagi dipertimbangkan jika persekolahan tamat sehingga ke menengah atas.
Cara-cara Permohonan
- Permohonan ini dijalankan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan akan melalui fasa penilaian untuk pengesahan kelayakan menerima bantuan.
- Oleh itu, pemohon perlu membawa borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk memohon
Pemohon diminta untuk membawa dokumen-dokumen sokongan yang berikut semasa menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:
- Salinan IC / Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan IC / Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan Penyata Gaji (sekiranya ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Borang permohonan BKK ini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan : KLIK DI SINI
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan : KLIK DI SINI
Begitulah segala maklumat yang berkenaan dengan BKK ini. Semoga urusan permohonan anda dipermudahkan. Amin.
PENAFIAN:
- Bahan yang admin kongsikan merupakan rujukan artikel sahaja. e-semasa tiada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan ataupun mana-mana syarikat yang amat berkaitan dengannya. Segala rujukan hanyalah berpandukan sumber rasmi yang sahih saja.