Bantuan Dermasiswa dan Komputer Riba untuk Anak-anak Veteran ATM

 

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah mengumumkan iaitu pembukaan satu permohonan yang merupakan adalah bantuan khas untuk anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bantuan tersebut dinamakan sebagai Skim Dermasiswa dan Komputer Riba dan ianya difokuskan secara utama kepada golongan anak yang baru sahaja melanjutkan pembelajaran mereka di peringkat IPT (tahun 2022).

Skim ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

Skim Dermasiswa Premium

  • Bantuan diberikan secara one-off yang bernilai RM 5,000 kepada anak-anak veteran ATM yang dapat melanjutkan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda di 100 Universiti Terbaik Dunia untuk kemasukan Tahun 2022.
Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba
  • Bantuan yang terdiri daripada sebahagian Inisiatif Pendidikan ATM kepada anak-anak veteran ATM yang melanjutkan pelajaran bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam kemasukan tahun 2022.

Syarat Kelayakan:

Skim Dermasiswa Premium:
  • Anak veteran ATM
  • Melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) dan yang setaraf
  • Tempat pengajian merupakan 100 Universiti Terbaik Dunia
  • Kemasukan tahun 2022

Untuk mengetahui 100 Universiti Terbaik Dunia boleh merujuk senarai dengan membuka pautan di bawah:

Skim Bantuan Sumbangan Komputer Riba:
  • Anak veteran ATM
  • Melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sepenuh Masa) di IPTA 
  • Kemasukan tahun 2022
  • Kemasukan ke IPTA melalui STPM / Matrikulasi / Asasi
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan komputer riba daripada mana-mana pihak

Cara-cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang permohonan yang disertakan dalam pautan di bawah:

Borang permohonan perlulah dilengkapkan beserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Penghantaran borang permohonan boleh dilakukan dengan menghantar terus ke alamat emel yang berikut:

Borang tersebut boleh juga dihantar secara terus ke pejabat cawangan negeri Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

*Bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur boleh hantar terus di kaunter Pusat Perkhidmatan Setempat JHEV ATAM di Aras Bawah, Menara TH Perdana.
*Kelulusan permohonan ini adalah muktamad dan bergantung dengan keputusan daripada panel penilai Yayasan LTAT.

Maklumat Lanjut:

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut yang diperlukan bolehlah berhubung terus dengan:

Semoga urusan anda dipermudahkan.