Askar Meninggal Lepas Berfutsal, 4 Senior Ditahan Kerana Keluarga Mangsa Curiga Ada Unsur Aniaya
Kredit: Detik.com |
👉Join Telegram Rasmi e-semasa👈
Suatu kejadian yang berlaku di Negara Indonesia kini menjadi perhatian orang ramai iaitu Prada Indra, seorang askar dikatakan tiba-tiba rebah dan meninggal dunia selepas bermain futsal pada Sabtu lalu.
Punca Prada rebah ketika bermain futsal dikatakan oleh sebab dehidrasi yang dialaminya. Ahli keluarga Allahyarham pada awalnya akur dan reda dengan pemergian Prada namun kecurigaan mula dirasakan semasa jenazah tiba di rumah untuk urusan pengebumian.
Menurut laporan daripada pihak atasan, Prada diberikan cecair formalin yang merupakan adalah bahan pengawet di mana ianya hanyalah satu prosedur yang biasa. Akan tetapi, pihak keluarga mengatakan bahawa mereka tidak menerima sebarang makluman atau kebenaran untuk persetujuan pun dalam pelaksanaan proses itu.
Kredit: Suara.com |
Tambahan pula, perkara yang lebih mencurigakan lagi adalah keadaan keranda yang dikunci begitu rapi sehingga pihak keluarga terpaksa menggunakan tukul besi untuk membukanya.
Kakak Allahyarham berkata, "Apabila peti keranda dibuka, kami terkejut badan adik penuh kesan lebam yang sangat serius. Sebelum itu, kami dapat panggilan daripada seorang anggota mengatakan Prada perlu dibawa ke pusat rawatan dan terus dikebumi.
"Jadi kami pelik kenapa mereka macam terburu-buru nak tanam?".
Lantaran itu, pihak keluarga Allahyarham Prada dengan lantasnya meminta agar prosedur post mortem dilaksanakan dengan menyeluruh atas sebab mempercayai ada perkara 'sebenar' yang cuba disorok. Siasatan mendapati suspek dan saksi yang telah disoal siasat memberikan kenyataan berbeza.
Ini sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa ada unsur penganiayaan yang mungkin berlaku. Perkara ini mendapat perhatian awam sehinggalah ke peringkat Panglima Tertinggi Ketenteraan.
"4 orang seniornya telah ditangkap dan kini menjadi suspek utama. Mereka didakwa terlibat menganiaya orang bawahan. Jika didapati bersalah, masing-masing berdepan hukuman penjara 15 tahun".
Sumber: Kisah Dunia, Oke News