Anwar mahu selesaikan isu MA63, adakah kamu percaya? - Abang Johari

👉Link Telegram Rasmi👈

Apabila ditanya berkenaan dengan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tawaran beliau untuk menyelesaikan isu hak Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), "Saya tanya kamu, adakah kamu percaya? Selepas apa yang berlaku semasa 22 bulan", itulah respon yang diberikan Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Walaubagaimanapun, beliau tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara itu. Respon ini diberikan setelah sebelum ini PH dalam majlis Tawaran Pakatan Harapan Kepada Sarawak ada menekankan agenda utama mereka iaitu akan menyelesaikan dengan sebaiknya tanpa sebarang rundingan yang panjang pun mengenai MA63 sekiranya mereka mendapat mandat menjadi Kerajaan Persekutuan.


Pada masa yang sama, Abang Johari turut diberikan soalan mengenai pendapat beliau tentang keterbukaan PH untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


"Kita bertanding dahulu, baru kita tahu, kalau tidak bertanding kita tidak tahu (apa keputusan ini)", jawapan pengerusi GPS itu.


Sumber: Astro Awani