Anwar Cabar Muhyiddin Dedah Akaun Parti PN

👉Link Telegram Rasmi👈

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk mendedahkan akaun partinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memberikan syarat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassi n melakukan perkara yang sama.

Perkara ini berlaku apabila Anwar mengatakan PN pada ketika ini adalah parti politik terkaya di Malaysia dan lantas Muhyiddin selepas itu mencabar Anwar untuk mendedahkan akaun partinya. 

"Muhyiddin, saya selaku Presiden Keadilan menyatakan, saya sedia, esok kita boleh dedahkan akaun kita. Kamu dedahkan akaun parti kamu, akaun kekayaan kamu di Malaysia dan luar negara.

"Cakap banyak, isytihar harta pun tak berani," kata Anwar semasa berucap di Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju pada malam Selasa yang lalu.

Anwar sebelum ini mendedahkan bahawa Muhyiddin sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia banyak meluluskan projek-projek besar di negara tanpa tender dan hal ini yang menyebabkan mengapa PN dikatakan adalah parti terkaya atas pemilikan wang berbilion ringgit.

"Tiada tender, tiada soal, tiada perbahasan di Parlimen. Kamu yang mesti jawab kepada rakyat," kata Presiden PKR itu.

Sumber: Berita Harian