Anwar Akan Jadi PM Tanpa Syarat - Mandat DAP

 


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan DAP memberi jaminan bahawa Datu Seri Anwar Ibrahim akan diberikan mandat sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Menurut beliau, semua ahli parlimen DAP tidak meletakkan sebarang syarat dalam keputusan pemilihan itu. Malah, perkara tentang bilangan kerusi dalam kabinet hanya akan dibincangkan setelah pilihan raya selesai.

"Pada 19 November, apabila kita menang kerusi ke-112, tanpa persoalan, semua ahli parlimen DAP akan beri mandat sepenuhnya kepada Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri.

"Saya sudah menyatakan komitmen kita sebelum Anwar mengangkat sumpah lagi. Bagaimana kerajaan dibentuk kita bagi mandat kepada kebijaksanaan beliau untuk mentadbir. Itu komitmen saya sebagai Setiausaha Agung", kata Setiausaha Agunga DAP itu ketika memberikan ucapan pada majlis Jelajah Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan pada hari Isnin.

Anthony Loke juga menyatakan bahawa Anwar adalah tokoh politik yang berpengalaman dan semestinya akan menjadi Perdana Menteri yang terbaik.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani.