Animasi Malaysia 'Mechamato' Mencipta Sejarah Dalam Dunia Anime Jepun


👉Link Telegram Rasmi👈

Mechamato yang merupakan siri animasi dari Malaysia telah mencatat sejarah apabila tercalon dalam 10 Terbaik di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 yang sedang berlangsung di Jepun.

Fakta yang membanggakan mengenai perkara ini adalah Mechamato The Animated Series merupakan satu-satunya siri dari Malaysia yang dapat menembusi 10 Terbaik dalam undian siri TV popular di Jepun.

Tambahan pula, siri animasi ini juga hanyalah satu-satunya siri dalam 10 Terbaik yang berasal dari luar Jepun. Sebelum ini, maklumat mengatakan bahawa pada jumaat lepas Mechamato berada di tempat ke-28 daripada keseluruhan 411 anime yang dicalonkan.

Dalam tempoh kurang dari seminggu, animasi tersebut dengan melonjaknya berada di kedudukan keenam di mana dalam kedudukan tersebut Mechamato berjaya mengalahkan siri popular utama di Jepun seperti Detective Conan, Attack on Titan - The Final Season Part 2 dan One Piece.

Untuk pengetahuan semua, siri animasi Mechamato adalah ciptaan karya terbaru oleh syarikat MONSTA yang sebelum ini telah menerbitkan beberapa animasi popular di Malaysia seperti BoBoiBoy

Sumber: Astro Awani