Akur Dengan Keputusan Mahkamah Belanda - Waris MH17
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Keputusan Mahkamah Belanda berkenaan dengan kes tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia terhadap pesalah yang dikenal pasti adalah dihukum bersalah.
Walaubagaimanapun, daripada empat orang yang telah ditangkap didapati hanya tiga orang yang bersalah. Salah satu waris daripada mangsa MH17 telah menyatakan bahawa hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah-pesalah berkenaan haruslah setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan.
Beliau pada masa yang sama tidak berpuas hati kerana perbicaraan yang diadakan tentang kes ini adalah tanpa kehadiran pesalah-pesalah tersebut dan masih bebas di luar sana.
"Selama ini pun kami ada peguam dari Belanda, dia suruh datang (ke negara itu) tapi kami (waris mangsa MH17) tidak pergi kerana tiada wang untuk bayar tambang dan sebagainya.
"Kami dari dulu hingga kini mengharapkan keadilan, nak sangat empat orang ini dibawa ke muka pengadilan dan terima balasan setimpal dengan apa yang mereka buat kepada keluarga kami," kata waris tersebut apabila dihubungi.
Mahkamah Daerah The Hague telah membuat keputusan bahawa seorang warga Ukraine dan dua warga Rusia bersalaj atas pertuduhan menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines pada 2014 di mana ia telah menyebabkan seramai 298 penumpang dan kru pesawat terbunuh.
Nama pesalah tersebut ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko. Seorang warga Rusia yang tidak didapati bersalah adalah Oleg Pulatov.
Sumber: Bernama