Aktiviti Mudah Ini dapat Elakkan Serangan Sakit Jantung!

MAKLUMAT ASAS

Individu yang usianya melebihi 40-an boleh dikatakan akan mengalami penyakit sakit jantung di mana ianya terjadi oleh pelbagai sebab dan faktor. 


AMALAN MUDAH MENYIHATKAN JANTUNG

Umum mengetahui antara sebab utama seseorang mengalami sakit tersebut adalah amalan pemakanan yang tidak sihat, kurangnya aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, berat badan yang berlebihan dan sebagainya. 


KERAP BERSENAM TIDAK SEMESTINYA MENYIHATKAN JANTUNG


Berkaitan dengan itu juga, kajian baharu saintis dari United Kingdom (UK) mendapati amalan bersenam yang kerap dipraktikkan sebenarnya kurang membantu dalam mengelakkan risiko terkena penyakit sakit jantung. Tetapi, sekiranya senaman yang diamalkan itu intensitinya ditingkatkan dengan memendekkan tempoh masanya adalah salah satu cara yang terbaik.


Kajian tersebut juga menyatakan aktiviti-aktiviti harian yang mudah seperti mengemas rumah, mencuci kereta dan sebagainya adalah tidak mencukupi.


Justeru, aktiviti yang saintis dari UK tersebut sarankan dalam usaha mengurangkan sakit serangan jantung adalah kekerapan AKTIVITI BERJALAN PANTAS. Tempoh 75 minit selama seminggu ataupun berlari dalam jangkaan masa yang sama sebenarnya dianggap amat memadai untuk mengelakkan diri daripada serangan sakit jantung. 


Sekiranya kekerapan aktiviti tersebut dikurangkan, peratus risiko mendapat serangan juga akan berkurangan atas sebab kadar senaman berjalan itu akan membantu secara konsisten dalam permasalahan sakit jantung.


Secara kesimpulannya, penyelidik dari Universiti Cambridge dan Leicester mendapati keberkesanan aktiviti berjalan terhadap daya kardiovaskular seseorang individu dapat dipertingkatkan dengan sebaiknya. Lantas itu, boleh diringkaskan yang aktiviti berjalan selama 7 minit secara harian akan dapat membantu seseorang mengelakkan diri mereka daripada serangan sakit jantung.


Sumber: Berita Harian