Akibat Lebih Sejam Terperangkap Dalam Lif, Warga Emas Pengsan Sesak Nafas
👉Link Telegram Rasmi e-semasa👈
Pemilik akaun Tik Tok yang bernama @aleesa260120 baru-baru ini berkongsikan pengalamannya terperangkap dalam lif di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur. Akibat terperangkap terlampau lama, wanita tersebut bersama dengan dua orang individu yang turut terperangkap bersama iaitu seorang lelaki warga emas dan seorang wanita kelihatan semakin panik.
Tambahan pula, disebabkan berada di dalam lif tersebut pada tempoh masa yang agak lama, mereka bertiga semakin tidak selesa dan merasa panas atas sebab kekurangan oksigen. Kemampuan yang hanya mereka boleh lakukan pada waktu itu hanyalah menunggu.
Keadaan semakin teruk apabila secara tiba-tiba warga emas lelaki jatuh pengsan akibat mengalami kesesakan nafas. Keadaan yang sedemikian akhirnya dapat dileraikan apabila sekumpulan anggota bomba dengan pantasnya bertindak menyelamatkan mereka bertiga di dalam lif itu.
Walaupun mereka berjaya diselamatkan, seorang wanita terpaksa ditahan di bilik rawatan akibat mengalami kekurangan oksigen.
Respon netizen terhadap perkongsian rakaman ini kebanyakannya meluahkan rasa kesyukuran serta bersimpati atas keadaan yang mereka alami. Pada masa yang sama juga ada turut berkongsi pengalaman mereka mengalami situasi bahaya yang hampir sama.
LINK VIDEO : KLIK DI SINI