UITM - PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA - 2022/2023
Pihak Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM dikhabarkan telah membuka talian permohonan bantuan zakat kepada pelajar yang berkelayakan dalam peringkat pembelajaran Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Pelaksanaan permohonan zakat ini adalah secara atas talian (online). Berkaitan dengan itu, pelajar yang berkelayakan boleh mula membuat permohonan.
Berikut adalah maklumat-maklumat penting permohonan:
Kampus Yang Layak Memohon
- Shah Alam
- Puncak Alam
- Seksyen 17
- Puncak Perdana
- Selayang
- Dengkil
- Sungai Buloh
Tarikh Permohonan
26 September 2022 (Isnin) - 31 Oktober 2022 (Isnin)
Permohonan yang mendapat kelulusan akan seterusnya ke peringkat temuduga oleh pihak pengurusan universiti.
Tarikh Temuduga
17 Oktober 2022 (Isnin) - 16 Disember 2022 (Jumaat)
Temuduga yang akan dijalankan adalah dengan mengikut aturan yang ditentutkan oleh pihak fakulti masing-masing sama ada secara fizikal ataupun talian pada semester ini.
- Pelajar yang mendapat makluman DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan diminta untuk memilih tarikh temuduga dalam sistem E-Zakat.
- Proses temuduga hanya dijalankan pada hari isnin, selasa, rabu dan khamis (tidak termasuk cuti umum) dan tertakluk kepada fakulti masing-masing.
- Bagi urusan temuduga pelajar yang terpilih dikehendaki untuk menghubungi Panel Penemuduga Fakulti yang telah dilantik oleh pihak ZAWAF UITM Shah Alam.
- Permohonan zakat pelajar akan ditolak sekiranya pelajar gagal menghubungi Panel Penemuduga Fakulti.
- Maklumat lanjut berkenaan dengan panel penemuduga boleh dirujuk pada MAKLUMAT PANEL PENEMUDUGA di Sistem E-ZAKAT UITM.
Syarat Permohonan
- Beragama Islam.
- Belajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
- Tiada rekod tindakan tatatertib universiti.
Cara Permohonan
Pelajar boleh membuat permohonan melalui dua kaedah yang berikut:
- PORTAL PELAJAR UITM
- Hubungi Whatsapp - ZAWAF UITM
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Matrik Pelajar
- Pengesahan Pendapatan / Slip Gaji
- Slip Pengesahan Akaun
- Surat Perakuan Doktor (sekiranya perlu)
- Sijil Kematian (sekiranya perlu)
Maklumat Lanjut dan Sebarang Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut boleh layari:
- Facebook - BAHAGIAN ZAKAT SEDEKAH DAN WAKAF UITM
- Laman Web - ZAWAF UITM
Semoga permohonan anda dipermudahkan.