Ramai Rakyat Malaysia Terlepas Pandang Perkara Penting Ini dalam Pengurusan Akaun KWSP
Penamaan KWSP adalah satu proses yang melibatkan pendaftaran nama seseorang untuk menjadi personel yang akan bertanggungjawab mengeluarkan simpanan KWSP apabila sesuatu perkara terjadi iaitu:
- Si Pemberi Nama Meninggal Dunia -
Pendaftaran nama ini akan memudahkan proses pengeluaran wanga simpanan yang terdapat dalam akaun KWSP apabila hendak diagihkan kepada waris yang berkaitan.
PENTINGNYA BUAT PENAMAAN KWSP KERANA...
Secara langsungnya akan memendekkan proses pengeluaran di antara pihak ahli dan jabatan KWSP. Selain itu, perkara yang melibatkan pengurusan di mahkamah juga akan turut mudah dan lancar. Malah, waris yang telah ditetapkan semestinya akan terjamin mendapat simpanan yang telah diamanahkan.
Apabila diteliti, rupa-rupanya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang terlepas pandang akan perkara ini dan belum mendaftar penamaan.
CARA MENYEMAK SEKIRANYA PENAMAAN TELAH DIBUAT ATAU TIDAK
Melalui aplikasi KWSP, log masuk ke i-Akaun anda dan akses bahagian Penama untuk mengetahui siapa penama yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada menyatakan sebarang nama dalam Penama, maka anda belum membuat pendaftaran tersebut.
Proses penamaan ini memberikan ada kebebasan untuk meletakkan sesiapa sahaja yang anda inginkan akan tetapi perlulah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya anda tidak mahu untuk ada penama, maka Amanah Raya Berhad (ARB) boleh dipilih sebagai agensi untuk menguruskan simpanan anda sekiranya meninggal dunia.
Bagi ahli KWSP yang tiada langsung penamaan, simpanan KWSP akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut apabila ahli yang telah meninggal dunia mencapai umur 100 tahun.
CARA MENDAFTAR DAN BUAT PENAMAAN KWSP
- Proses pendaftaran penamaan boleh dimulakan dengan mengisi borang KWSP 4.
- Borang tersebut seterusnya perlu dibawa ke mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran.
- Pendaftaran secara online juga boleh dibuat melalui portal i-Akaun KWSP.
- Selesai log masuk dalam portal tersebut, akses bahagian PENCALONAN dan klik Daftar Nama. Untuk makluman, pendaftaran secara online ini hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat.