PEMBAYARAN PTPTN - DISKAUN SEHINGGA 20% PADA FASA 2022-2023
Pembentangan Bajet Kewangan 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan (Tengku Zafrul Aziz) negara baru-baru ini ada memerihalkan perkara yang berkaitan dengan pengurusan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Perkara yang dinyatakan dalam hal tersebut adalah pihak kerajaan perseketuan telah bersetuju untuk memberikan kadar diskaun yang bersesuaian kepada semua peminjam PTPTN dalam proses bayaran balik pinjaman di mana kadar diskaun yang ditawarkan mencapai sehingga 20% bagi bayaran secara keseluruhan pinjaman.
Hal ini sejajar dengan kehendak kerajaan untuk menjadi lebih prihatin dan memahami terhadap beban yang kini ditampungi oleh semua peminjam iaitu ingin memastikan bebanan bayaran pinjaman balik ini dapat dikurangkan. Kadar diskaun ini tetap berada di bawah Insentif Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN.
Berikut adalah Struktur Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN yang terbaru:
SYARAT DAN JUMLAH DISKAUN YANG DITAWARKAN:
Rangkuman diskaun yang terdapat dalam Struktur Insentif baru ini adalah:
- Penyelesaian Penuh Pinjaman dari baki hutang - Diskaun 20%
- Penyelesaian sekurang-kurangnya 50% pembayaran dari baki hutang - Diskaun 15%
- Penyelesaian secara Potongan Gaji atau Debit Terus Berjadual - Diskaun 15%
- Berada dalam pembelajaran pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa
- Status Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT
- Tempoh pengajian ditamatkan mengikut tempoh yang ditetapkan dalama dokumen tawaran pinjaman PTPTN
- Tiada penindihan pinjaman antara PTPTN dengan mana-mana penajaan yang lain
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen
- Berada dalam kategori keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan semasa membuat permohonan pengecualian bayaran balik. (Hanya kepada peminjam yang tamat pengajian bermula pada 1 Januari 2019)
- Kursus / Pengajian yang diikuti mendapat pengiktirafan dan akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa berada dalam tempoh pinjaman dikeluarkan.