Info Bola Sepak: 10 Perpindahan Termahal Dunia Tahun 2000 - Bahagian 2
Apa khabar kepada semua pembaca artikel laman web e-semasa? Admin harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat. In Shaa Allah.
Pada artikel kali ini dan melihat kepada tajuk yang tertera di atas, Admin ingin mengajak pembaca untuk mari bersama-sama kita melihat seterusnya 5 PERPINDAHAN TERMAHAL DUNIA PADA TAHUN 2000 dalam perpindahan / pembelian pemain bola sepak.
Pablo Aimar menyertai Valencia CF pada tahun 2000
10 PERPINDAHAN TERMAHAL DUNIA PADA TAHUN 2000:
BAHAGIAN 2: (5 - 1)
5) MARC OVERMARS - 24,300,000£ (ARSENAL ke BARCELONA)
Pembelian Marc Overmars ke Barcelona dari Arsenal berlaku setelah kejohanan EURO 2000 menutup tirainya pada musim panas tahun 2000. Pada awalnya Lazio dan Barcelona bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain sayap yang serba boleh ini. Namun, Overmars sebenarnya lebih berminat untuk menyertai kelab Barcelona di mana beliau menyatakan bahawa bermain di kelab gergasi Catalan itu adalah impian semua pemain bola sepak yang profesional. Lantas, setelah kemenangan Joan Gaspart dalam pemilihan presiden baru kelab, pembelian Overmars dari Arsenal adalah agenda utama.
Pembelian ini mengambil proses yang lama dan akhirnya persetujuan dapat dicapai setelah nilai perpindahan sebanyak 24,300,000£ menjadi topik utama. Perpindahan ini menjadikan Overmars sebagai pemain yang termahal dalam sejarah bola sepak negara Belanda.
4) NICOLAS ANELKA - 28,600,000£ (REAL MADRID ke PARIS SAINT GERMAIN)
Nicolas Anelka menyertai semula kelab asalnya Paris Saint Germain pada Julai 2000, iaitu kelab asalnya semasa menjadi pemain muda. Pembelian ini dilaksanakan antara dua kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid dan Paris Saint Germain. Kedatangan semula Anelka ke kelab ini mendapat sambutan meriah oleh peminat Le Parisian atas sebab popularitinya sebagai pemain sensasi pada ketika itu.
Keseluruhan perjalanan karier Anelka di kelab asalnya itu tidaklah seperti yang dijangkakan di mana pencapaian terbaik liga yang mampu dicapai hanya pada kedudukan tangga ke 9. Setelah dua tahun setengah, Anelka menyertai kelab Liverpool dalam pinjaman jangka masa pendek.
3) GABRIEL BATISTUTA - 31,000,000£ (FIORENTINA ke ROMA)
Lagenda negara Argentina yang digelar sebagai Batigol, Gabriel Batistuta adalah penyerang sensasi dalam era bola sepak lewat 90-an dan awal abad ke-21 ini. Semasa di Fiorentina, Batistuta optimistik akan peluang kelab Fiorentina memenangi liga Serie A dan UEFA Champions League. Namun, pada musim tersebut iaitu 1999-2000, setelah mempamerkan prestasi yang cemerlang pada awal musim, Fiorentina hanya mampu menduduki tangga ketujuh di liga Serie A dan tersingkir pada pusingan kumpulan fasa kedua UEFA Champions League.
Ini sekaligus membuatkan Batistuta untuk berhijrah ke kelab lain yang boleh dikatakan pada masa itu adalah satu gergasi bola sepak eropah. Akhirnya, AS Roma datang dan mendapatkan khidmat Batistuta dengan kontrak selama 3 tahun. Pada musim 2000-2001, Batistuta akhirnya memenangi liga Serie A dengan menjaring sebanyak 20 gol pada masa tersebut di mana kemenangan yang menjadikan mereka sebagai juara adalah menentang Parma dan Batigol adalah salah satu penjaringnya.
2) HERNAN CRESPO - 49,000,000£ (REAL MADRID ke PARIS SAINT GERMAIN)
Hernan Crespo, juga salah satu penyerang sensasi yang berasal dari negara Argentina turut menggemparkan dunia bola sepak apabila setuju berpindah ke kelab Lazio dari Parma dengan yuran perpindahan sebanyak 49,000,000£. Lazio pada ketika itu adalah juara bertahan bagi musim 2000-2001 di liga Serie A dan semestinya pembelian Crespo adalah sebagai salah satu senjata untuk mempertahankan kejuaraan mereka. Namun, walaupun Crespo menjadi penjaring terbanyak pada musim tersebut iaitu sebanyak 26 gol, mereka tumpas oleh kelab AS Roma pada waktu itu.
1) LUIS FIGO - 52,000,000£ (BARCELONA ke REAL MADRID)
Luis Figo di Real Madrid
Semestinya pada tahun 2000 adalah satu ikonik momen yang terjadi dalam dunia bola sepak. Boleh dikatakan bahawa kedudukan nombor 1 perpindahan termahal dunia ini adalah satu benda yang mustahil dan sekiranya secara hiperbolik diibaratkan sebagai 8th Wonders of the World yang semestinya hanyalah terhadap peminat Real Madrid.
Luis Figo, pada tahun 2000 telah memecahkan semua imaginasi peminat, jurnalis dan semua manusia yang mengamati dunia bola sepak apabila membuat perpindahan yang tidak logik akal iaitu dari kelab gergasi Catalan iaitu Barcelona ke musuh utamanya, Real Madrid. Perpindahan ini terjadi disebabkan oleh inisiatif yang dibuat oleh Real Madrid di mana mereka mengaktifkan buyout clause dalam kontrak Luis Figo iaitu nilai pembelian sebanyak 52,000,000£. Kedatangan Luis Figo ke Real Madrid adalah satu tanda utama bermulanya era The Galactico di bawah kendalian Presiden Florentino Perez.
Kejayaan Figo di Real Madrid bermula dengan memenangan La Liga pada tahun 2001 dan persembahan yang dipamerkan pada tahun tersebut membuatkan Figo dinobatkan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2001. Pada musim seterusnya, Luis Figo memenangi UEFA Champions League dan kejayaan terakhir beliau di Real Madrid adalah memenangi kejuaraan La Liga pada musim 2002-2003.
Sebagai satu penghormatan tinggi, Figo dinobatkan sebagai kesebelasan utama pemain asing terbaik dalam sejarah bola sepak kelab Real Madrid.
Berikut adalah sejarah perpindahan termahal dunia bola sepak pada tahun 2000. Semestinya pada musim perpindahan tahun tersebut pelbagai kontroversi dan berita yang mengejutkan berlaku dalam perkara perpindahan dunia bola sepak.