RMR 2022 - RUMAH MESRA RAKYAT (MUAT TURUN BORANG & MOHON SECARA 'ONLINE')




Apakah itu Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Sekiranya anda:

  • Bergaji ataupun berpendapatan rendah. 
  • Tidak mempunyai kediaman sendiri ataupun rumah yang telah dimiliki kini dalam keadaan usang.
  • Mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah baru.

Tawaran Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini ditawarkan di seluruh negara kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan. 

Program ini secara langsung akan membantu sepenuhnya golongan yang kurang berkemampuan untuk membina rumah baru di tanah sendiri seperti mengalami masalah kewangan untuk mendapatkan pembiayaan / pinjaman besar bagi membeli rumah pertama.

Bantuan yang akan diberikan adalah secara berbentuk subsidi pembinaan sehingga RM 20,000.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina rumah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. (Sila rujuk gambar di bawah)


Syarat Kelayakan & Kriteria Mohon RMR

Berikut adalah syarat pemohon bagi kelayakan Program RMR:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemohon dan pasangan: 
    1. Tidak memiliki rumah. 
    2. Mempunyai rumah usang / tidak sempurna.
  • Jumlah pendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM3,000
  • Kawasan tanah sesuai dan bebas dari mana-mana caj/beban ke atasnya Bagi pemohon yang bukan adalah pemilik tanah, kebenaran daripada pemilik tanah asal hendaklah diperoleh terlebih dahulu
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3600 kaki persegi (bergantung terhadap jenis reka bentuk rumah)
  • Peruntukan kewangan yang bersesuaian

Harga-Harga Rumah Mesra Rakyat 2022

Program RMR ini mempunyai 3 JENIS PAKEJ yang merujuk kepada:

  1. Pelan
  2. Reka Bentuk
  3. Ukuran Keluasan dan Saiz
  4. Ciri-ciri yang Ditawarkan
Pakej-pakej tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
    • Harga : RM75,000
    • Subsidi pembinaan : RM20,000
    • Jumlah pinjaman : RM55,000
    • Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300



  • Keluasan rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
    • Harga : RM85,000
    • Subsidi pembinaan : RM20,000
    • Jumlah pinjaman : RM65,000
    • Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM350



  • Keluasan rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
    • Harga : RM75,000 – RM106,500
    • Subsidi pembinaan : RM20,000
    • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM86,500
    • Anggaran bayaran bulanan tempoh 16 tahun : RM300 – RM470




Cara Membuat Permohonan RMR 2022

Permohonan boleh dibuat secara atas talian ataupun manual. Bagi pengurusan secara manual, borang boleh didapati di cawangan SPNB.

Permohonan secara online adalah seperti yang berikut:

  1. Layari laman web rasmi SPNB iaitu: https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik 'PENDAFTARAN BAHARU'.
  3. Lengkapkan borang pendaftaran log masuk. Alamat e-mail yang diberikan akan berfungsi sebagai sebagai ID log masuk.
  4. E-mel / SMS yang mengandungi maklumat ID log masuk dan kata laluannya akan dihantar ke e-mel / nombor telefon yang pemohon telah daftarkan.
  5. Gunakan ID log masuk dan kata laluan yang disediakan dan seterusnya muat turun borang pra-pendaftaran.
  6. Isi maklumat yang diperlukan ke dalam sistem.
  7. Klik 'Pendaftaran Lengkap' dan cetak borang yang telah disiapkan.
  8. Borang yang dilengkapkan seterusnya dihantar bersama dokumen asal yang diperlukan oleh SPNB.

Borang & Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang diperlukan dalam permohonan adalah:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Kad pengenalan tuan rumah
  • Salinan Kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi terkini dari Pejabat Tanah
  • Slip gaji terkini (tempoh 3 bulan) / afidavit pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Affidavit / afidavit tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*
  • Surat kebenaran pelepasan oleh tuan tanah
  • Borang laporan tapak bergambar
  • Salinan sijil nikah pemohon (jika berkenaan)


Peringatan:

Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.

Keputusan kelulusan permohonan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan. Semakan status secara online tiada disediakan.

Contoh borang permohonan secara manual boleh dirujuk di bawah.