PROGRAM LESEN MEMANDU PERCUMA KELAS C, D, E DAN F

 


Program Lesen Memandu Percuma ini adalah satu inisiatif yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)

Tujuan utama program ini adalah untuk membantu meningkatkan ekonomi asnaf penduduk di negeri Perak.

Justeru, semua golongan yang kurang berkemampuan khasnya asnaf fakir miskin dialu-alukan untuk membuat permohonan. Lesen memandu ini adalah kepada asnaf fakir miskin yang ingin menjalankan kegiatan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Tarikh permohonan ditutup: 31 Julai 2022 - 11.59 malam

Syarat Kelayakan:

  1. Pemohon beragama Islam.
  2. Pemohon bermastautin di negeri Perak.
  3. Pemohon dari golongan yang berpendapatan rendah (fakir dan miskin diutamakan).
  4. Pemohon berumur 21 tahun keatas.
  5. Pemohon memiliki lesen memandu Kelas D Penuh.
  6. Pemohon memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja).
  7. Pemohon wajib bebas saman / tiada dalam senarai hitam pihak JPJ & PDRM.
  8. Pemohon wajib boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M).
Institut Memandu yang terlibat dalam program:

  • Institut Memandu Anggerik Muhibbah Sdn Bhd.
  • Sri Perak E-Driving Centre Sdn Bhd.
  • Institut Memandu Gabongan Sekolah Memandu (Hilir Perak) Sdn Bhd.
Jenis Lesen yang ditawarkan:

  • Lesen Memandu Kelas CDL (Pemandu Komersial).
  • Lesen Memandu Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas E (Motolori), Kelas H (Jentera Beroda).
  • Lesen Memandu Vokasional GDL (Kenderaan Barangan) untuk Kelas C (Motosikal Roda Tiga), Kelas D (Lori BTM 3500<), Kelas E (Lori Kejur), Kelas E (Lori Trailer – Bersendi).
  • Lesen Memandu Vokasional PSV: (Kenderaan Perkhidmatan Awam).
  • Lesen Memandu Kelas D (Van / Bas Mini), Kelas E (Bas).
Langkah-langkah permohonan
  • Muat turun borang permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk 
  • Lengkapkan borang permohonan mengikut maklumat yang diperlukan beserta dokumen sokongan yang perlu dilampirkan
  • Hantar borang dan dokumen yang lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk yang berhampiran

Borang tersebut boleh juga dipos ke alamat yang berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Pengagihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Untuk mendapatkan maklumat yang lanjut, bolehlah hubungi talian Unit Pemerkasaan Asnaf:

019-5711384 atau,

Layari laman web rasmi di bahagian BORANG PENGAGIHAN ZAKAT