PROGRAM KEUSAHAWANAAN 2022 UNTUK GOLONGAN BELIA


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merencanakan sebuah program yang dinamakan Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030.

Program ini bertujuan utama untuk membantu belia membangunkan potensi yang ada dalam keusahawanaan sosial agar dapat memberikan sumbangan yang baik kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti khasnya di luar bandar.

Perjalanan program ini akan memberikan pesertanya bimbingan, latihan dan pementoran selama 6 bulan.

Tarikh Permohonan ditutup:

31 Julai 2022

Syarat-syarat kelayakan:

  1. Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 sehingga 30 tahun sahaja
  3. Penyertaan adalah secara berkumpulan (minimum 3 orang, maksimum 5 orang)
  4. Setiap kumpulan diperlukan untuk mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang mereka yakini boleh menangani masalah sosial.
  5. Idea keusahawanan sosial tersebut perlulah dalam kategori yang berkenaan:
    • Pembangunan Komuniti
    • Pendidikan
    • Alam Sekitar
Cara-Cara Memohon:
  1. Layari pautan rasmi untuk membuat PENDAFTARAN
  2. Baca keseluruhan syarat penyertaan. Kemudian tekan butang 'Next'
  3. Isi dan lengkapkan maklumat pendaftaran yang diperlukan
  4. Selesai membuat pengisian, semak semula dan seterusnya tekan butang 'Submit'

Maklumat lanjut berkenaan permohonan ini boleh melayari laman web rasmi:


Semoga berjaya dalam permohonan anda!