PERMOHONAN BANTUAN RUMAH PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

 


Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah memperkenalkan satu inisiatif yang berbentuk secara bantuan kepada golongan B40 bagi tujuan meningkatkan kualiti kehidupan mereka. 

Bantuan yang dimaksudkan adalah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Tujuan utama bantuan ini semestinya akan menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat demi keharmonian sesebuah keluarga.

Golongan yang diutamakan dalam bantuan PPRT

  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Mangsa Bencana Alam (Berskala Kecil)
  • Ibu / Bapa Tunggal - mempunyai bilangan tanggungan yang ramai
  • Daerah dan Negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi

Kategori / Jenis Bantuan PPRT

Kategori: Baik Pulih

Berfokuskan kepada 3 perkara yang sangat penting

  • Penambahbaikan
  • Penyelenggaraan
  • Permintaan / Penambahan

Syarat-syarat bagi kategori Baik Pulih

  • Rumah yang telah usang
  • Rumah yang terkena bencana alam dan masih boleh dibaiki

Kategori: Bina Baru

Berfokuskan kepada individu yang rumah kediaman terlalu usang dan tidak boleh dibaiki.


Cara-cara Membuat Permohonan

  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam ruang permohonan yang disediakan.
  • Layari Portal Rasmi Permohonan
  • Pilih butang PPRT dan lengkapkan permohonan
  • Hantar Permohonan setelah melengkapkan semua keperluan yang wajib diisi


Maklumat lanjut berkenaan dengan PPRT ini bolehlah berhubung dengan:

  • 03-8000-8000 - Talian Khas
  • info@ruralink.gov.my - E-mel


Semoga berjaya dengan permohonan anda!