BANTUAN KERAJAAN SELANGOR: BINA DAN BAIKI RUMAH SECARA PERCUMA!

 



Kerajaan Negeri Selangor telah membuat inisiatif dengan memperkenalkan bantuan Bina dan Baiki Rumah dengan berdasarkan Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Cara Pelaksanaan Program

  • Bantuan Bina Baru:
    • Rumah asal / sedang didiami dirobohkan dan seterusnya pembinaan rumah baru di tapak asal.
  • Bantuan Baik Pulih:
    • Kerosakan yang kritikal dan asas sahaja akan dibaik pulih sepenuhnya. Penambahan dari segi struktur baru tidak termasuk dalam pelaksanaan program ini.
* Keputusan jenis program yang diperoleh akan ditentukan oleh Pejabat Daerah yang berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Tarikh Permohonan:
  • Permohonan bantuan ini terbuka sepanjang tahun.

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas (15) tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun
  2. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan
  3. Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU)
  4. Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja
  5. Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya
  6. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah
  7. Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan
  8. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan
  9. Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan
  10. Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki
  11. Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir;
  12. Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan
  13. Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
  14. Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin
  15. Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan
  16. Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut

Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.


Cara Membuat Permohonan

Langkah 1: Layari laman sesawang SSIPR
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Langkah 3: Tekan Daftar

Maklumat Tambahan:

Layari laman sesawang portal SSIPR