SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM RM 1000: TAHUN 2022

 


Skim Khairat Kematian merupakan satu sumbangan ikhlas berupa wang derma daripada pihak kerajaan mengikut kadar tertentu yang telah ditetapkan. Bantuan tersebut akan diberikan kepada waris seseorang yang telah meninggal dunia.

Ketetapan Jumlah Tuntutan

Jumlah tuntutan yang boleh diterima adalah sebanyak RM1000 bagi setiap orang yang layak.

Tarikh Tuntutan

Individu / Pewaris yang layak boleh membuat tuntutan bermula pada: 15 April 2022

Syarat-Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan bagi setiap individu yang ingin memohon:

  • Bapa atau Ibu Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
  • Warga Emas Bujang / Tidak Mempunyai Pasangan
  • Berkahwin

Tempoh / Tarikh meninggal dunia: 1 Januari 2022 - 31 Disember 2022

Skim BKM ini amat layak dituntut oleh setiap wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon ataupun pasangan (bagi jenis permohonan status Kahwin dan Pasangan adalah Warganegara Malaysia) yang telah meninggal dunia.

Bagi pasangan bukan warganergara Malaysia yang meninggal dunia adalah tidak layak untuk menerima Skim BKM ini.

Pewaris Yang Layak Menuntut Bagi si Mati

Hubungan wakil atau waris yang berkelayakan adalah:

  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
  • Pasangan
  • Ibu 
  • Bapa

Dokumen-Dokumen Yang Perlu Disediakan

  1. Kad pengenalan (ID) asal wakil.
  2. Dokumen yang membuktikan kebenaran pertalian antara penerima dan wakil.
  3. Sijil Kematian asal ataupun Salinan sijil tersebut yang mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kaedah Membuat Tuntutan

Pemberian bantuan adalah secara wang tunai di setiap cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan kawasan pemohon.

Maklumat lanjut berkenaan dengan Bantuan Khairat Kematian ini boleh dirujuk melalui: