MOHON SKIM PINJAMAN RUMAH TANPA DEPOSIT UNTUK ANDA: CARA-CARANYA

 



Maksud Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Untuk pengetahuan para pembaca, Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan langkah usaha pemilikan rumah sendiri buat pertama kali yang sebelum ini telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam pengumuman Belanjawan 2011.

Tujuan utama skim ini ialah untuk membantu setiap pembeli rumah yang pertama kali di mana pendapatan kasar bulanan isi rumah tersebut adalah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap permohonan) untuk mendapatkan rumah pertama mereka.

Skim ini memastikan semua pembeli rumah pertama kali memperoleh pembiayaan sebanyak 110% daripada bank-bank yang tertentu. Hal ini sekaligus akan membolehkan proses pemilikan rumah tanpa perlu mengeluarkan wang bagi tujuan pembayaran pendahuluan.

Syarat-Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kali pertama membeli rumah
  3. Pekerja yang bergaji ataupun individu yang bekerja sendiri
  4. Permohonan secara individu atau bersama
  5. Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak melebihi daripada RM5,000 – bagi permohonan individu/bersama
    • Melebihi daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada nilai RM10,000 – bagi permohonan bersama (merujuk terhadap pendapatan kasar bagi bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
  6. Rekod pembiayaan yang baik dan tidak terjejas dalam tempoh 12 bulan yang lalu

Skim Rumah Pertamaku: Keperluan Pembiayaan

Pemohon yang telah menepati semua syarat kelayakan seperti di atas, terdapat beberapa lagi syarat-syarat pembiayaan yang perlu diketahui.

Syarat-syarat ini adalah keperluan bagi pembiayaan tersebut.

  1. Pembiayaan yang diperoleh tidak melebihi daripada 35 tahun dan ianya tertakluk terhadap umur pemohon iaitu tidak melebihi 70 tahun pada akhir pembiayaan.
  2. Pembiayaan yang bertujuan untuk memudahkan urusan melunaskan sahaja dan tidak bercirikan kemudahan untuk mendapatkan pengeluaran.
  3. Bayaran yang dikenakan adalah secara ansuran melalui potongan gaji bulanan ataupun arahan tetap
  4. Pengambilan takaful / insurans bagi kebakaran adalah diwajibkan
  5. Bagi pembelian hartanah yang nilainya adalah mencapai RM300,000 dan pemohonnya berpendapatan kasar bulanan isi rumah tidaklah melebihi nilai RM5,000:
    • Mesti menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang telah disediakan oleh pihak AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://www.akpk.org.my
    • Tempoh moratorium yang diberikan adalah selama 5 tahun