Persediaan Dokumen Untuk Temu Duga Kerja.
Tahniah buat anda kerana telah berjaya mendapat panggilan ditemu duga bagi jawatan yang telah anda pohon. Dengan itu, entri kali ini admin ingin berkongsi berkenaan persediaan bagi menyusun segala sijil dan dokumen penting anda dengan cara terbaik agar dapat memudahkan penemuduga melihat dan menilai keseluruhan sijil dan dokumen anda ketika proses temu duga dijalankan.
Persediaan Dokumen Temu Duga :-
DOKUMEN ASAL
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Kewarganegaraan - Jika berkaitan
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) - Jika ada
- Diploma - Jika ada
- Transkrip Diploma - Jika ada
- Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip Sarjana Muda
- Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA - Check Kelayakan MQA
- Sijil Kokurikulum - mulai Tingkatan 4 hingga Universiti
- Dokumen lain yang berkaitan
***Sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah rendah dan menengah rendah (Tingkatan 1-3) tidak perlu dibawa kerana penemuduga hanya menilai sijil selepas dari menengah rendah sahaja.
Penyusunan dokumen dalam fail amatlah penting kerana dokumen ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada panel temu duga SEBELUM sesi temu duga bermula. Sebaiknya semua dokumen disusun dalam keadaan teratur seperti yang admin kongsikan diatas. Ingat "First Impression Counts".
Semua DOKUMEN ASAL MESTI DIBAWA SEMASA TEMU DUGA.
SALINAN FOTOSTAT
- Semua salinan dokumen hendaklah difotostat dengan jelas (3 salinan untuk setiap dokumen asal)
- Setiap salinan dokumen hendaklah DISAHKAN oleh pihak yang dibenarkan (penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah, pengawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah).
- Salinan dokumen yang tiada pengesahan dari pihak yang dibenarkan tidak bernilai dan tidak boleh digunakan.
- Susunan salinan dokumen sama seperti susunan dokumen asal. Tidak perlu binding, hanya letak dalam sampul surat mengikut susunan yang telah diatur dengan rapi sudah mencukupi.
- Gunakan stapler dan jangan gunakan paper clip sebab setiap dokumen ini mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.
Semoga berjaya! Usaha anda untuk menyusun segala dokumen dan sijil anda tidak akan sia-sia. Yakin boleh, takut tidak bawa kemana ok! Peluang hanya datang sekali!
Sumber : ilhamkerjaya