Laman Web Pencarian Kerja Yang Terbaik!


Pasaran kerja pada masa ini boleh dikatakan adalah sangat kompetitif dan semakin mencabar. Berkaitan dengan itu, para graduan di negara ini dominanya berada dalam senario kehidupan yang ketiadaan pekerjaan tetap dan dikatakan dalam status pengangguran. 

Pencarian yang tetap dan mengikut bidang masing-masing amatlah sukar untuk dikecapi atas sebab daya persaingan yang sangat tinggi serta kekosongan jawatan yang tidak mencukupi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan penganggur dianggarkan pada bilangan 584,600 di mana ianya berada dalam kadar pengangguran 3.5 peratus.

Walaubagaimanapun, rezeki seseorang itu tidak salah alamat dan tempat. Setiap ketentuan-Nya pasti akan terjadi. Oleh itu, sebagai seorang graduan yang sudah menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing, usaha mencari pekerjaan kena dilaksanakan sebagai fasa seterusnya dalam kehidupan.

Salah satu cara yang boleh diaplikasikan mengikut arus pemodenan masa ini adalah memohon pekerjaan secara dalam talian (online). Akan tetapi, setiap pencarian kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan scam dan sebagainya.

Lantaran itu, artikel ini adalah satu perkongsian berkenaan dengan beberapa laman pencarian kerja yang tinggi reliabilitinya dan sterusnya boleh digunakan oleh para graduan dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan minat masing-masing :-

  • SPA9

SPA9 atau lebih dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan sebuah sistem borang pendaftaran permohonan pekerjaan atas talian yang boleh digunakan oleh para graduan untuk memohon pekerjaan khususnya dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan. Sistem SPA9 memaparkan maklumat jawatan yang bersesuaian berdasarkan bidang pengkhususan agar para graduan boleh memilih jawatan mengikut kelayakan yang dimiliki. 

 
  • JobStreet.com

JobStreet.com merupakan salah satu sumber laman web untuk para graduan mencari pekerjaan dan ia merupakan portal pekerjaan yang terawal ditubuhkan di Malaysia iaitu pada tahun 1997. JobStreet.com merupakan platform pencarian kerja yang terbaik dan dipercayai sumbernya buat graduan yang baru dan masih mencari pekerjaan. Selain di Malaysia, laman web JobStreet.com ini juga dapat membantu para graduan mencari peluang pekerjaan dari Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Thailand.


  • MauKerja.my

MauKerja.my juga merupakan salah satu laman web yang boleh diguna para graduan untuk mencari peluang pekerjaan. MauKerja.my menawarkan banyak tawaran pekerjaan dari kedua-dua sektor samada dalam sektor kerajaan ataupun sektor swasta di seluruh Malaysia. Antara salah satu kelebihan yang ada dalam sistem MauKerja.my adalah setiap tawaran pekerjaan yang ada dikategorikan secara sistematik mengikut negeri dan pengkhususan untuk kemudahan para penggunanya. Selain itu, sistem MauKerja.my juga ada menawarkan pekerjaan sama ada untuk sepenuh masa, separuh masa, sementara, intership dan juga pekerjaan di rumah dan juga dalam talian. 


  • JobsMalaysia/ MyFutureJobs

JobsMalaysia mula dilancarkan pada tahun 2002 dan ia disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2021, JobsMalaysia telah bertukar dan digantikan dengan nama baru iaitu MyFutureJobs. Jadi, bagi para graduan yang masih mencari kerja yang bersesuaian ataupun masih belum berkerja dan ingin menjana dan menambah pendapatan, anda boleh gunakan portal MyFutureJobs ini untuk mencari peluang pekerjaan yang anda inginkan.


  • LinkedIn

LinkedIn adalah satu platform pencarian kerja profesional yang dikatakan merupakan terbesar di dunia di mana bilangan keahliannya adalah seramai 722 juta meliputi sebanyak 200 buah negara. Kelebihan yang ada pada laman web ini adalah tawaran pakej kerja yang amat pasti dan tepat oleh pihak majikan atas sebab keaslian akaun majjikan yang dibuat. Komuniti dalam laman web ini dikatakan sentiasa bersikap positif kerana pelbagai ilmu mengikut bidang masing-masing diperkongsikan.


Secara kesimpulannya, berikut adalah beberapa platform pencarian kerja yang amat tinggi reliabilitinya dan merupakan sumber utama pencarian karier profesionalisme oleh semua graduan di negara ini. Semoga apa yang dikongsikan amat bermanfaat untuk anda semua.