Kek Sarang Semut!

 



Resepi Kek Sarang Semut

Bahan-bahan :-

  1. Gula halus @ gula pasir
  2. Air panas (air yang panas betul ok)
  3. Mentega / Marjerin
  4. Telur Gred B
  5. Esen Vanila
  6. Susu pekat manis
  7. Tepung gandum
  8. Soda bikarbonat


Cara-cara :-

  • Sediakan pan, kuali atau periuk yang bersesuaian.
  • Masukkan gula halus/gula pasir ke dalam.
  • Buka api dapur sederhana dan biarkan gula sehingga cair. Boleh gaul sekali sekala tetapi jangan kerap.
Gula yang cair akan kelihatan seperti ini

  • Sambil digaul, masukkan air panas sedikit demi sedikit. Jangan tuang air panas sekaligus untuk mengelakkan gula daripada berketul. Masak dalam 3 hingga 4 minit dan selepas itu tutup api.
Hasilnya akan jadi seperti ini. Ketepikan sementara supaya sejuk.

  • Seterusnya sediakan mentega/marjerin sebanyak 1/3 cawan dan cairkan dengan api yang kecil.
Mentega / marjerin tersebut akan jadi seperti ini.

  • Selepas itu, sediakan 4 biji telur gred B. Pecahkan dan pukul telur dengan menggunakan whisk sehingga kembang. Tidak perlu gunakan mixer.
Telur akan jadi seperti ini apabila sudah dipukul menggunakan whisk.

  • Masukkan pula esen vanila sebanyak 1/2 sudu kecil dan pukul rata.
  • Masukkan juga 1/2 cawan susu pekat manis dan pukul rata selepas itu.
  • Masukkan mentega/marjerin yang telah dicairkan sebentar tadi dan pukul rata sekali.
  • Seterusnya sediakan 1 cawan tepung gandum, ayak dan masukkan sekali ke dalam andunan dan pukul sebati semuanya bahan.
  • Ayakkan juga 2 sudu kecil soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan dan pukul rata.
  • Kemudian, masukkan gula hangus yang telah disediakan pada awal tadi dan gaul semuanya sehingga sebati.
  • Tapis adunan.
Hasil tapisan. Perap selama 1 jam atau lebih lama lebih baik.

  • Untuk memudahkan, perap dalam loyang.
  • Bakar suhu 160 api atas dan bawah selama 1 jam atau hingga masak (ikut oven masing-masing)
  • Bila da masak, kek akan kelihatan berongga

Keadaan berongga adalah seperti ini.



Siap! Kek sarang semut sedia untuk dihidang dan dimakan!
Selamat mencuba!


Sumber : Facebook - Dorothy Stella