Ciri-ciri Jawatan Kosong Online Penipu

Pada zaman ini, scammer ataupun penipu di laman media sosial tidak asing lagi didengari. Pelbagai teknik penipuan digunakan yang kian tular di media sosial. 



Masa kini yang semakin sengit dalam persaingan mendapat pekerjaan menyebabkan ramai orang berada dalam keadaan ekonomi yang terdesak akibat tiadanya pekerjaan dalam menyara kehidupan seharian. Rentetan daripada itu, ramai pihak menjadi kurang berhati-hati dalam membuat carian kerja kosong. 


Sebagai individu yang peka dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, seharusnya semua haruslah berhati-hati dalam bertindak mencari pekerjaan yang sesuai agar tidak terjebak dalam penipuan kerja dari scammer ini.  


Dalam artikel kali ini, admin akan berkongsi ciri-ciri jawatan kosong yang tidak betul untuk anda lebih dapat berhati-hati dan elakkan diri anda daripada ditipu semasa dalam pencarian kerja:


  • Meminta wang terlebih dahulu sebelum memproses permohonan anda.

  • Membuat temu janji untuk ditemuduga tetapi akhirnya mereka mengambil peluang untuk mengajak anda menyertai program untuk cepat mendapatkan duit, contohnya seperti MLM.

  • Syarikat atau jawatan kosong yang meragukan dan mengelirukan tidak mempunyai laman web rasmi yang sah dan berdaftar.

  • Jawatan kosong yang meragukan akan memberikan kadar gaji yang tidak munasabah dan tidak setaraf dengan kelayakan

  • Deskripsi kerja tidak lengkap ataupun tidak dikongsi dalam iklan jawatan kosong.

  • Iklan jawatan kosong tersebut tidak letakkan alamat rasmi ataupun tidak menyatakan nombor telefon pejabat.

Kebiasaannya keenam-enam ciri diatas kerap digunakan oleh scammer untuk cuba menipu dan menjerat anda. Sekiranya anda terjumpa dengan keadaan sedemikian, anda hendaklah berhati-hati dan tidak sesekali mengikut rentak mereka.

Artikel sebelum ini ada dikongsikan berkenaan beberapa laman web pencarian kerja yang boleh dipercayai untuk anda boleh gunakan bagi mencari kerja yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan anda. Admin letakkan artikel tersebut di pautan dibawah: