Resepi Ayam Goreng Ala McD!


Bagi peminat ayam, ayam goreng dan ayam McD, entri kali ini wajib untuk anda baca! 

Entri kali ini admin nak berkongsi resepi yang admin jumpa di laman sosial Facebook hasil perkongsian daripada Ummi Syuhada.

Bismillah dan selamat mencuba!

Resepi Ayam Goreng Ala McD

Bahan-bahan :-

  • Rempah kari ayam dan daging
  • Tepung Bestari pedas
  • Serbuk cili Babas
  • Tepung goreng cucur Cap Tangan
  • Telur
Cara-cara :-
  • Rebus ayam terlebih dahulu bersama dengan rempah kari ayam dan daging.
  • Selepas selesai merebus, buang air rebusan. Bilas ayam dengan air sejuk dan tambahkan sedikit ais supaya isi ayam berada dalam keadaan baik dan tidak kecut.
  • Masukkan tepung bestari pedas dan serbuk cili babas ke dalam mangkuk atau periuk. Gaul semuanya bersama ayam sehingga rata dan sebati.
  • Tutup mangkuk atau periuk tadi dengan plastik atau apa-apa penutup (asalkan tertutup) dan masukkan ke dalam peti ais sekejap (dalam 10 ke 15 minit).
  • Gabungkan atau satukan tepung bestari, serbuk cili babas dan tepung goreng cucur cap tangan bersama. Gaul rata ketiga-tiga bahan tersebut terlebih dahulu sebelum dilumur pada ayam. 
  • Dalam mangkuk berlainan, pecahkan sebiji telur dan pukul rata bersama 1/2 sudu perencah maggi secukup rasa.
  • Lumurkan campuran tepung tadi pada ayam dan kemudian celupkan pula ayam tersebut ke dalam telur yang telah digaul sebentar tadi. Kemudian salutkan semula ayam dengan tepung untuk mendapatkan lagi tekstur ayam yang lebih ranggup.
  • Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan panas. Tidak perlu goreng terlalu lama, cukup bila ayam sudah kelihatan garing dan kekuningan boleh terus diangkat.
  • Selesai! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Sumber : myresipi.com