Antibodi Ilama kemungkinan besar penyelamat dalam memerangi COVID-19.

 


Llama sejenis unta yang berasal daripada Amerika Syarikat. -Gambar hiasan

Antibodi llama berkemungkinan besar bakal memainkan peranan global dalam menangani dan mengatasi varian virus COVID-19 sekiranya ujian klinikal yang sedang dijalankan di Belgium oleh sebuah syarikat bioperubatan, lapor Reuters.

Berdasarkan penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent, antibodi seekor llama yang dikenali sebagai "Winter" telah berjaya mematikan dan menghentikan penularan koronavirus termasuk variannya dalam ujian makmal.

Kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago, dengan adanya teknologi yang merupakan kemajuan terbesar ini dapat menambah baik lagi fungsi dan peranan vaksin dalam melindungi orang ramai terutamanya bagi yang mempunyai sistem imunisasi lemah serta dapat merawat individu yang dijangkiti di hospital.

Tambahnya lagi, antibodi llama juga kecil dimana ia dapat bercantum dengan bahagian tertentu pada spike protein virus, dan tidak nampak mutasi pada kadar tinggi serta ia juga menunjukkan tahap peneutralan kuat terhadap varian Delta yang mudah menular.

Ujian klinikal yang telah dimulakan pada minggu lalu terhadap sukarelawan sihat, para penyelidik jangkakan akan menunjukkan kesan yang sama.

Berdasarkan Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti llama dan spesis unta yang lain, Winter juga menghasilkan versi antibodi yang bersaiz lebih kecil, stabil dan lebih mudah dihasilkan dan dengan saiznya yang kecil itu dapat membolehkan ia mencapai sasaran hingga ke bahagian virus yang sukar diakses antibodi konvensional.

Pencarian rawatan untuk menangani COVID-19 itu berdasarkan kajian pada tahun 2016 berkenaan antibodi llama untuk melawan koronavirus SARS dan juga MERS.



Sumber : Awani